Sektor Sumber Manusia diwujudkan setelah pengstrukturan semula JPN Perak pada tahun 2019. Sebelum ini Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Unit Latihan, Unit Kompetensi dan Unit Naik Pangkat terletak di bawah Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan.
Melalui waran baharu pengstrukturan semula JPN Perak, Unit Perjawatan & Perkhidmatan dan Unit Pengurusan Bakat diletakkan di bawah Sektor Sumber Manusia termasuk juga tiga (3) unit lagi iaitu Unit Latihan, Unit Kompetensi dan Unit Naik Pangkat. Ketiga-tiga unit ini telah digabungkan menjadi satu unit sahaja iaitu Unit Pengurusan Bakat.
Sektor ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan dan bersama seorang Ketua Penolong Pengarah.